Der Rabe

by Edgar Allan Poe

Blurb

"The Raven" ialah puisi naratif yang ditulis oleh penulis Amerika, Edgar Allan Poe. Ia pertama kali diterbit pada Januari 1845 dna terkenal disebabkan bahasanya yang digayakan dan musikal, serta suasananya yang berunsur kesaktian. Ia mengisahkan seorang lelaki yang patah hati yang dikunjungi oleh seekor gagak bercakap dan perlahan-lahan menjadi hilang akal. Lelaki ini selalunya digambarkan sebagai seorang pelajar dan meratapi kehilangan kekasihnya, Lenore. Gagak tersebut, sedang ia bertenggek di atas ukiran kepala Pallas, menghasut perasaan sedih lelaki itu melalui pengulangan kata "Nevermore". Puisi ini menggunakan beberapa unsur klasik dan budaya rakyat.
Menurut Poe dalam karangan susulannya pada tahun 1846 berjudul "The Philosophy of Composition", beliau telah menulis puisi ini dengan kaedah yang logik dan sistematik demi menghasilkan satu puisi yang mampu menarik cita rasa kritis dan popular. Puisi ini sedikit sebanyak diilhamkan daripada gagak bercakap dalam novel nukilan Charles Dickens, Barnaby Rudge: A Tale of the Riots of 'Eighty.

Member Reviews Write your own review

Be the first person to review

Log in to comment

Lovers also Liked