King Lear (The Complete Works of William Shakespeare)
Blurb
King Lear adalah sebuah karya tragedi William Shakespeare, yang mana watak judulnya jatuh gila setelah memberikan harta bendanya kepada dua daripada tiga orang puterinya mengikut puji-pujian mereka, hingga mendatangkan akibat yang tragis buat semua. Drama ini berasaskan legenda Leir, seorang raja legenda Keltik sebelum zaman Rom. Raja Lear telah diadaptasikan banyak kali untuk pementasan mahupun wayang filem, malah watak Lear telah direbut-rebut dan diperan oleh ramai pelakon terbilang dunia.Drama ini dikarang dari tahun 1603 ke 1606 dan kemudian disemak. Versi terdahulu oleh Shakespeare, iaitu The True Chronicle of the History of the Life and Death of King Lear and His Three Daughters, diterbitkan secara kuarto pada tahun 1608. The Tragedy of King Lear, iaitu versi yang lebih kepanggungan, disertakan dalam First Folio 1623. Kedua-dua versi sering dicampur-adukkan oleh penyunting moden, tetapi ada yang berkeras bahawa setiap versi memiliki integriti tersendiri yang wajar dipelihara.
Member Reviews Write your own review
Be the first person to review
Log in to comment