Nyugat-keleti díván
Blurb
Diwan Barat-Timur atau West-östlicher Diwan ialah sebuah diwan, atau himpunan puisi belirik, karya pemuisi Jerman, Johann Wolfgang von Goethe. Ia diilhamkan oleh pemuisi Parsi, Hafiz.Diwan Barat-Timur dihasilkan antara tahun 1814 dan 1819, tahun ia diterbitkan. Versi panjang dicetak pada tahun 1827. Ia sebahagian daripada karya lewat Goethe dan kitaran puisi terakhir yang dikarangnya. Diwan terdiri daripada 12 buku atau kitab:
Kitab Penyanyi
Kitab Hafiz
Kitab Cinta
Kitab Takafur
Kitab Amarah
Kitab Hikmat
Kitab Timur
Kitab Zulaikha
Kitab Pembawa Piala
Kitab Tamsil
Kitab Parsi
Kitab Syurga
Karya ini dapat dilihat sebagai tanda perangsangan pertukaran dan percampuran dunia Timur dengan Dunia Barat. Perkataan "barat-timur" bukan sahaja merujuk kepada Jerman-Timur tengah, tetapi juga Latin-Parsi dan Kristian-Muslim. Kesemua 12 buku mengandungi puisi pelbagai jenis: parabel, sejarah, caci maki, keagamaan dan politik. Goethe memuatkan ulasannya tentang tokoh sejarah, kejadian, istilah dan tempat dalam bahagian "Nota dan Persoalan" karyanya.
Member Reviews Write your own review
Be the first person to review
Log in to comment