The Jungle Books

Speculative fiction by Rudyard Kipling

Blurb

The Jungle Book ialah sebuah koleksi cereka karya Rudyard Kipling, yang mula-mulanya diterbitkan dalam majalah pada tahun 1893–4. Hasil penerbitan asalnya mengandungi gambar ilustrasi, sesetengah darinya dilukis oleh bapa Rudyard, John Lockwood Kipling. Kipling lahir di India dan menghabiskan enam tahun pertama zaman kanak-kanaknya di situ. Selepas sepuluh tahun di England, beliau kembali ke India untuk bertugas selama enam tahun setengah. Kisah-kisahnya dikarang Kipling ketika di Vermont.
Kisah-kisah dalam buku ini merupakan cerita teladan yang menggunakan haiwan bersifat manusia untuk menyampaikan pendidikan akhlak. Contohnya, rangkap-rangkap dalam The Law of the Jungle menetapkan peraturan keselamatan individu, keluarga dan masyarakat. Kipling menulis segala yang diketahui, "didengari atau diimpikannya mengenai hutan rimba India." Sesetengah pembaca pula mentafsirkan karya ini sebagai alegori politik dan masyarakat sezaman Kipling itu. Kisah yang paling terkenal sekali adalah yang mengisahkan pengembaraan seorang kanak-kanak terbiar bernama Mowgli yang dibesarkan oleh sekawan serigala dalam hutan rimba India.

First Published

1894

Member Reviews Write your own review

Be the first person to review

Log in to comment