Civil Disobedience and Other Essays

by Laotse

Blurb

Daode Jing ialah sebuah buku teks klasik Cina yang, menurut tradisi, ditulis di sekitar 600 SM oleh Laozi, seorang penyimpan rekod di dalam Istana Maharaja Dinasti Zhou. Buku ini merupakan sebuah susunan pepatah yang mempunyai tema yang serupa. Ramai orang telah menganggap bahawa Daode Jing mengandungi beberapa kebenaran sejagat yang telah disedari secara berasingan oleh falsafah-falsafah yang lain, baik agama mahupun duniawi. Ketulenan tarikh penulisan ataupun penyusunan serta pengarangnya masih diperdebatkan.
Versi bahasa Cina yang asal ditulis dengan tulisan Zhuan Shu dalam format skrol, sedangkan versi-versi kemudian ditulis dengan tulisan Li Shu atau Kai Shu. Dalam bentuk terkini, Daode Jing mengandungi dua bahagian, dan menggunakan kira-kira 5,000 aksara Cina. Setiap bab agak pendek, dan menggunakan tidak banyak aksara untuk menggambarkan gagasan-gagasan yang seringnya amat rumit dalam gaya puisi.

Member Reviews Write your own review

Be the first person to review

Log in to comment