Fr Jekyll & Mr Hyde
Blurb
Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde ialah judul asal bagi sebuah novela yang ditulis oleh Robert Louis Stevenson, penulis Scotland, yang diterbitkan buat pertama kali pada 1886. Sebutan asal Jekyll ialah "Jeekul" yang merupakan sebutan yang digunakan di Scotland, tempat lahir Stevenson. Karya itu kini lebih umum dikenali sebagai The Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde atau secara mudah sebagai Dr Jekyll and Mr Hyde. Kisahnya mengenai Gabriel John Utterson, seorang peguam dari London yang menyiasat kejadian-kejadian yang aneh antara kawan lamanya, Dr Henry Jekyll, dan Edward Hyde, seorang pembenci manusia.Karya Strange Case of Dr Jekyll and Mr Hyde sering dikaitkan dengan suatu keadaan mental yang jarang ditemui dan yang umum dikenali secara kurang tepat sebagai "personaliti berpecah". Keadaan itu merujuk kepada seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnya dua personaliti yang berbeza. Dalam kes tersebut, Dr Jekyll mempunyai dua personaliti, satu yang baik dan satu yang jahat, dengan tahap kesusilaan antara kedua-dua personaliti itu langsung tidak serupa.
Member Reviews Write your own review
Paulinelima
awesome book
Be the first person to review