Journey to the West (An Abridged Version)
Blurb
Perjalanan ke Barat ialah salah satu daripada Empat Novel Klasik Agung dalam kesusasteraan Cina. Pada asalnya diterbitkan secara tanpa nama pengarang pada dekad 1590-an semasa Dinasti Ming, dan walaupun bukti langsung tentang pengarangnya tidak wujud, buku ini telah dikatakan ditulis oleh cendekiawan Wú Chéng'ēn sejak dari abad ke-20. Karya ini juga dikenali sebagai Monyet sempena judul buku terjemahan ringkas yang popular oleh Arthur Waley.Novel ini ialah pemerihalan cereka tentang legenda-legenda yang melibatkan ziarah sami Xuanzang ke India semasa Dinasti Tang untuk memperoleh teks keagamaan Buddhisme yang dikenali sebagai sutra. Atas arahan Buddha, Bodhisatva Guānyīn memberikan tugas ini kepada Xuanzang dan tiga orang pelindungnya dalam bentuk pengikut, iaiatu Sūn Wùkōng, Zhū Bājiè dan Shā Wùjìng, bersama dengan putera naga yang bertindak sebagai kuda untuk Xuánzàng. Keempat-empat watak ini telah bersetuju untuk membantu Xuánzàng supaya dapat menebus dosa-dosa mereka yang dahulu.
Sesetengah cendekiawan mencadangkan bahawa buku ini adalah karya sindiran terhadap kerajaan Cina yang lemah ketika itu.
Member Reviews Write your own review
Alexandru.chereches
O carte captivanta si minunat de citit iarna la gura sobei cu un strop de ceai verde.
Be the first person to review