Oliver Twist
Blurb
Oliver Twist; or, The Parish Boy's Progress ialah karya novel Charles Dickens yang kedua, dan juga novel berbahasa Inggeris pertama yang mengetengahkan watak utama kanak-kanak, di samping juga terkenal kerana menggambarkan kehidupan penjenayah yang menjijikkan dan tidak romantik. Tajuk kecilnya, The Parish Boy's Progress menyentuh The Pilgrim's Progress karya John Bunyan serta dua siri lukisan karikatur abad ke-18 oleh William Hogarth, iaitu "A Rake's Progress" dan "A Harlot's Progress".Novel bertema sosial ini menyedarkan orang ramai mengenai pelbagai gejala yang timbul pada masa itu, termasuk Undang-undang Fakir Inggeris yang mewajibkan golongan miskin bekerja dalam bengkel atau rumah orang miskin, buruh kanak-kanak dan penjenayah bawah umur. Dickens mengecam ketidakadilan yang timbul pada zamannya dengan menyerikan tema-tema serius yang disampaikan oleh novel ini dengan sindiran dan humor yang menggerunkan. Novel ini mungkin diilhamkan dari kisah keperitan buruh kanak-kanak bernama Robert Blincoe yang mendapat perhatian ramai pada 1830-an. Di samping juga, zaman muda Dickens sebagai buruh kanak-kanak nyata menjadi ilham juga.
Member Reviews Write your own review
Tamaryn.mina
I believe I will inherit a fortune.
Be the first person to review