Orientalisme

non-fiction by Edward Said

Blurb

Orientalisme ialah judul sebuah buku karya Edward Said yang diterbitkan dalam tahun 1978. Buku ini amat berpengaruh dan berkontroversi dalam bidang kajian pasca-kolonisme dan juga bidang-bidang lain. Dalam buku, Said dengan berkesannya mentakrif semula istilah Orientalisme sebagai mempunyai makna gagasan anggapan palsu yang melandasi sikap dunia Barat terhadap Timur Tengah. Himpunan kesarjanaan ini ditandai sikap prasangka bertumpuan Eropah yang "halus dan berterusan terhadap bangsa-bangsa Arab-Islam dan kebudayaan mereka." Beliau menyatakan bahawa amalan yang mengajukan gambaran romantik dalam kebudayaan Barat tentang Asia dan Timur Tengah bertindak sebagai alasan yang tersirat dalam cita-cita imperial dan kolonial Eropah dan Amerika Syarikat. Tidak ketinggalan juga, beliau mengecam resam kumpulam elit Arab yang menyerapi idea-idea para Orientalis British dan AS tentang kebudayaan Arab.

First Published

1978

Member Reviews Write your own review

Be the first person to review

Log in to comment